Thursday, February 20, 2014

KITA LUPA!!!!! SEBELUM ADANYA SUAMI. KITA ADA AYAH...

Nanti lepas kahwin. Saya janji saya akan pakai tudung..
Nanti lepas kahwin. Saya janji saya akan jaga solat saya.
Nanti lepas kahwin. Saya janji saya akan tutup aurat dengan sempurna. Pakai stokin semua.
Nanti lepas kahwin..

Saya janji......

Saya janji......

Saya janji......

Tapi semua janji ini dibuat selepas kahwin.


Kenapa?

Kerana tahu yg dosa itu tanggungjawab suami ??

Kerana sayang suami dan tak nak suami masuk neraka ???

Kerana nak jaga nama suami baik ????



Betul. Semua itu betul. Tiada satu pon statements tu yang salah. Kalau isteri buat dosa. Kesian, suami kena tanggung. Kata dah syg. Kata dah janji nak sehidup semati. Tak kan nak biarkan suami kena tarik masuk neraka. Tak kan nak biarkan suami kena maki kena caci dek perangai isteri yang bukan bukan. Yang memalukan. Betul tak??

Tpi kita kena ingat. Sebelum wujudnya suami. Kita hak ayah. Tanggungjawab ayahMilik mutlak ayah. Kenapa dulu ta nak tutup aurat? Kenapa dulu ta solat? Kenapa dulu boleh keluar dengan lelaki pergi kelab malam sana sini? Kenapa??



Tak sayang ayah ke kawan2 sekalian??
Tak kesian ke dekat ayah kita, yang telah penat lelah bersusah payah menjaga kita hingga kita menjadi manusia didunia dan melatih kita untuk tidak menjadi calon ahli neraka?
Tak kesian ke dekat ayah kita yang penat memikul beban dosa kita dari detik kita baligh hingga saat lafaz nikah diucapkan oleh suami kita?
Ta kesian ke syg? Ta terfikir ke syg?

Allah.

Jangan sayangkan suami hingga lupa ayah didepan mata.
Jangan sayangkan suami hingga lupa dosa yang kita ada.
Jangan sayangkan suami hingga mengabaikan langkah ayah untuk ke syurga.
Jangan sayangkan suami hingga menghantar dan mengheret kaki ayah ke neraka.

Jangan sayang. Jangan.

Ingatlah. Sebelum menjadi tanggungjawab suami. Kita tanggungjawab ayah.
Ingatlah. Sebelum suami menjadi pemikul dosa pahala kita. Ayah dulu telah menjalankan tugasnya.
Ingatlah puteri. Ingatlah sayang. Jangan kerana kasih suami. Kita abaikan ayah. Perwira kita. Kekasih kita suatu masa dahulu.



Ingatlah rakan. Ingatlah teman

Sebelum suami. Kita ada ayah.. :'(

# ayah. ampunkan salah silap saya. saya sayang ayah #

Thursday, February 6, 2014

Jatuh Bangun Kehidupan...


Jatuh bangun kehidupan. Dalam erti kata lain. Suka duka kehidupan. Siapa yang mengimpikan kehidupan yg dipenuhi kesengsaraan dan kedukaan.. Siapa yang impikan kehidupan yang sentiasa ditemani dengan air mata dan senyuman duka?? Ada?? 


Tiada

Semua org impikan keceriaan. Semua org impikan keseronokan. Semua org impikan senyuman manis kebahagiaan.

Tapi siapa kita utk memilih? Siapa kita utk melawan takdir Tuhan yang Maha Kuasa.

Dia. 
Tidak pernah mungkir pada janjinya. 

Dia. 
Sentiasa memahami hati dan perasaan kita.

Dia.
Ingin melatih kita menjadi manusia yang sentiasa patuh pada Yang Maha Pencipta.

Siapa DIA??

Dia ialah Allah SWT. Pencipta yang Maha Kuasa. Yang Maha Besar dan Agung utk SEGALA-GALANYA.

Allah telah janji kan pada kita. Di sebalik setiap kedukaan. Akan ada rahmat dan kegembiraan.

Kalau Allah sayang kita. Kenapa Allah bagi kita berduka. Kenapa Allah buat kita menangis???? Kenapa??? Mengapa???

Jawapan hanya satu...

Allah nak kita merayu dan berdoa kepada Dia.

Allah nak kita meminta kepada Dia.

Allah nak kita hanya bergantung dan berharap kepada Dia. 

Allah bagi kita air mata duka pada hari ini. Dan tak mustahil. Esok air mata yang sama mengalir lgi. Tpi. Dengan penuh kegembiraan dan kebahagiaan.


Ingat..

Allah tak pernah mungkiri janjiNya.

Disebalik kedukaan pasti akan ada kebahagiaan. Terus kan berdoa. Berdoa. Dan berdoa. Allah ada dan sentiasa ada untuk setiap hambaNya. 

Yakin lah dengan kata2 Allah.. Janji2 Allah adalah satu kepastian.

Dengan Satu Tiupan Angin Aku Berubah...

Apa maksud kau ni hana??

Angin apa?? Kentut ke??

Kau berubah?? Jadi apa. Halimunan?!

Ta. Bukan halimunan. Bukan jugak jadi ultraman ke  sailormoon ke. Semua ta..

Tapi...

Aku berubah jadi perempuan yang dalam erti kata lain. Lebih elok sifatnya dari aku yg dulu. Yup.. Hanya dengan satu tiupan angin. Satu tiupan angin yang telah meniupkan hidayah ke dalam hati aku. Satu tiupan angin yang membawa aku kejalan kebenaran. Satu tiupan angin yang mengajar aku erti sebenar kehidupan.



Tiupan ini berlaku semasa aku menyertai satu program sebuah kelab di U. Time tu semua orang tengah sebuk menjawab soalan2 di setiap check point. Tiba2 angin kuat. Semua orang masih tekun mendengar dan menjawab soalan2 yang diberi oleh sang senior. Semua orang masih kusyuk dengan aktiviti program. Macam langsung tak terusik dengan angin kuat yg menerpa.

Tapi aku..

Kelam kabut menarik-narik tudung yang terangkat tinggi sebab ditiup angin. Aku langsung ta dengar apa yang dibincangkan. Aku lebih sebuk dengan tudung aku. Sana tarik. Sini terangkat.. Tarik sini. Sana terangkat. Penat. Penat nak kawal tudung supaya terus menutup apa yang sepatutnya ditutup. Masa itu Aku terpandang kawan2 perempuan yang lain..

 Aku terfikir...

Kenapa diaorang tak macam aku??

kenapa diaorang langsung tak kesah dengan tudung diaorang??

Kenapa diaorang masih bertenang walau angin kuat ni mengacau tudung??

Dan... Dengan rezeki dan hidayah Allah. Aku dapat jawapan.. Sebabnya ialah.. 

TUDUNG MEREKA LABUH.. 

TUDUNG MEREKA LINDUNGI BADAN MEREKA.. 

TUDUNG MEREKA MENJAGA MARUAH MEREKA..

Allah.  Malunya masa tu. Malu dengan perbezaan diri ini. Malu dengan diri yang kekurangan ni. Malu sebab aku tak menyempurnakan diri aku sebagai seorang muslimah. Rasa malu tu sampai aku rasa nak menangis. Rasa malu tu sampai aku rasa nak berlari jauh menjauhkan diri dari semua orang.

Tudung aku tak labuh. Sebab tu tudung aku terangkat2 kalau ada angin. Tpi. Diaorang.. Tudung diaorang labuh. Kalau ditiup angin pun hanya terusik sikit. Terangkat juga. Tp sikit. Langsung tidak mengganggu bahagian dada mereka. Langsung tidak mengganggu kosentrasi mereka..

Mula saat itu. Aku berikrar dengan diri sendiri.. Aku ta nak perkara yang sama berulang kembali. Aku ta nak memalukan diri lagi. Dan.. Aku nak perbaiki diri. Untuk jadi yang lebih baik..

Alhamdulillah. Sekarang, walau aku masih jauh dari kesempurnaan. Tp. Aku tak akan berhenti dari melangkah. Melangkah untuk memajukan diri. Melangkah untuk jadi anak, isteri dan ibu yang SOLEHAH..



InshaaAllah.. ~~ senyum ~~ 

#nota kaki.. : Hidayah Allah ada di mana2. Berdoalah. InshaaAllah.. 



Friday, March 23, 2012

..h.u.j.a.n.i.t.u.i.n.d.a.h..

" Alorh, hujan lgi??!!"

Mengeluh?
Perlu ke mengeluh?
Bukan hujan itu rezeki dan rahmat Allah?

"Habis basah baju.."
"X boleyh aku nak keluar rumah"
"Leceh la hujan. X boleh bermain"

Mengapa nak tengok dari sudut negatif sahaja..
Setiap perkara pasti akan ada kebaikkan nya..

Selepas hujan,
Pasti bumi tua ini akan lebih segar..
Pelangi indah yang muncul pasti akan membuat
setiap mata yg memandang akan tersenyum..

Tak gembira ke untuk semua tu??

Sama macam kehidupan..
Dugaan dan cabaran bukan penghalang
Untuk maju kehadapan.
Kemarahan dan ketidaksabaran merupakan perkara
Yg perlu dinyah jauh2 dari dalam diri..
MEREKA PEROSAK!!

Tapi, jika diri disemai dengan rasa kesabaran,
Ketuhanan, kebijaksanaan, bijak bersyukur,
Bepikiran positive..
Pasti hidup akan lgi bermakna..
Pasti hidup akan lgi bahagia..

Ta mahu kah ini semua??
Ta perlu bayar..

Cuma

Perlu

Latihan dan berdoa pada yg esa..
Insyaallah smua berjaya..

Saturday, January 7, 2012

..mimpi bukan realiti..

Apa ada pada mimpi??

Semua makhluk tuhan mahu kan mimpi yang indah
Mimpi yang boleh bantu mereka terus brjalan
di bumi nyata
Mimpi yang mampu beri mereka tersenyum pada
setiap ketika
Mimpi yang mampu buat ketawa terurai dengan
seikhlasnya.

Bukan
Mimpi yang mengalirkan air mata

Bukan
Mimpi yang memberikan keseronokkan sementara

Bukan
Mimpi yang menyeksa jiwa untuk terus benyawa..

Ap ad pada mimpi??

Harapan?

Impian?

Nothing!

Mimpi hanya mimpi..
Mimpi mustahil jadi realiti
Mimpi hanya mainan rasa yang kecewa
Mimpi hanya racun kepada smua rasa gembira
Mimpi penyiksa sejuta rasa

Aku benci pada mimpi
Aku benci mimpi yang tolong aku mengalirnya air mata..

Mimpi,
Tolong aku
Jgn ikuti aku
Ak takut untuk terus bermimpi..
Tinggal kan ak ye mimpi..
Aku tak mahu kau hadir dalam hidup aku..
Biarkan aku lena tanpa smua jenis coretan mimpi..

Walau mimpi indah yang kau janji kan..
Aku tetap tak sanggup bermimpi..
Maafkan aku wahai mimpi..

Selamat tinggal mimpi..

Friday, January 6, 2012

..this is not what i want..

Simple word, but bring a billion meaning..
'SORRY'

Sorry 4 making u in a trouble..
Sorry coz I've put myself on ur problem..
Sorry 4 making u cry..
Sorry 4 being like this..
Sorry 4 my bad impression to u..
And the most..
Sorry coz I've put all the blame on ur shoulders..

I never be like this if I've ur strong reason why..

My last precious words for u my lovely friend,,

"To handle yourself, use your head.
To handle others, use your heart."

"Love people and use things but not
love things and use people."

"Many people will walk in and out of your life,
but only true friends will leave footprints in your heart."

May allah bless u..

With love,
~Ur friend~

Tuesday, December 6, 2011

...aku masih di sini...

Syukur!!
Tu mmg word yg pling ak nak ckp skrg nie..
Nak bgga pown x boleyh sgt sbb
result yg ak dpt ni x de la better
Mna, tp aku bersyukur..
Thanz for kawan2 yg berjaya dgn
cemerlangnya seperti

***syirrin faldhira haziq
***lina abdul jalil
***saidatul munirah lubis
***latipah
***faruk syahmi
***imran osman
***qisti..

Yg len2 pown ramai..tp ni yg aku rapat..
TeRCABAR???? Mmg tipu la kalo ak kata X..
Tu lumrah.. Akan aku usahakan lagi.
Hope kejayaan x meninggalkan
Aku jauh kebelakang..
Amin...