Apa maksud kau ni hana??
Angin apa?? Kentut ke??
Kau berubah?? Jadi apa. Halimunan?!
Ta. Bukan halimunan. Bukan jugak jadi ultraman ke sailormoon ke. Semua ta..
Tapi...
Aku berubah jadi perempuan yang dalam erti kata lain. Lebih elok sifatnya dari aku yg dulu. Yup.. Hanya dengan satu tiupan angin. Satu tiupan angin yang telah meniupkan hidayah ke dalam hati aku. Satu tiupan angin yang membawa aku kejalan kebenaran. Satu tiupan angin yang mengajar aku erti sebenar kehidupan.
Tiupan ini berlaku semasa aku menyertai satu program sebuah kelab di U. Time tu semua orang tengah sebuk menjawab soalan2 di setiap check point. Tiba2 angin kuat. Semua orang masih tekun mendengar dan menjawab soalan2 yang diberi oleh sang senior. Semua orang masih kusyuk dengan aktiviti program. Macam langsung tak terusik dengan angin kuat yg menerpa.
Tapi aku..
Kelam kabut menarik-narik tudung yang terangkat tinggi sebab ditiup angin. Aku langsung ta dengar apa yang dibincangkan. Aku lebih sebuk dengan tudung aku. Sana tarik. Sini terangkat.. Tarik sini. Sana terangkat. Penat. Penat nak kawal tudung supaya terus menutup apa yang sepatutnya ditutup. Masa itu Aku terpandang kawan2 perempuan yang lain..
Aku terfikir...
Kenapa diaorang tak macam aku??
kenapa diaorang langsung tak kesah dengan tudung diaorang??
Kenapa diaorang masih bertenang walau angin kuat ni mengacau tudung??
Dan... Dengan rezeki dan hidayah Allah. Aku dapat jawapan.. Sebabnya ialah..
TUDUNG MEREKA LABUH..
TUDUNG MEREKA LINDUNGI BADAN MEREKA..
TUDUNG MEREKA MENJAGA MARUAH MEREKA..
Allah. Malunya masa tu. Malu dengan perbezaan diri ini. Malu dengan diri yang kekurangan ni. Malu sebab aku tak menyempurnakan diri aku sebagai seorang muslimah. Rasa malu tu sampai aku rasa nak menangis. Rasa malu tu sampai aku rasa nak berlari jauh menjauhkan diri dari semua orang.
Tudung aku tak labuh. Sebab tu tudung aku terangkat2 kalau ada angin. Tpi. Diaorang.. Tudung diaorang labuh. Kalau ditiup angin pun hanya terusik sikit. Terangkat juga. Tp sikit. Langsung tidak mengganggu bahagian dada mereka. Langsung tidak mengganggu kosentrasi mereka..
Mula saat itu. Aku berikrar dengan diri sendiri.. Aku ta nak perkara yang sama berulang kembali. Aku ta nak memalukan diri lagi. Dan.. Aku nak perbaiki diri. Untuk jadi yang lebih baik..
Alhamdulillah. Sekarang, walau aku masih jauh dari kesempurnaan. Tp. Aku tak akan berhenti dari melangkah. Melangkah untuk memajukan diri. Melangkah untuk jadi anak, isteri dan ibu yang SOLEHAH..
InshaaAllah.. ~~ senyum ~~
#nota kaki.. : Hidayah Allah ada di mana2. Berdoalah. InshaaAllah..
tahniah dik.
ReplyDeleteJOM sebarkan cinta ilahi
Terima kasih.. InshaAllah riihulwardah
DeleteAssalammualaikum wrt wbt
ReplyDeletealhamdullilah..hidayah itu milik Allah, syukur atas kurniannya..semoga istiqamah dan menjadi insan yg solehin..