Thursday, February 20, 2014

KITA LUPA!!!!! SEBELUM ADANYA SUAMI. KITA ADA AYAH...

Nanti lepas kahwin. Saya janji saya akan pakai tudung..
Nanti lepas kahwin. Saya janji saya akan jaga solat saya.
Nanti lepas kahwin. Saya janji saya akan tutup aurat dengan sempurna. Pakai stokin semua.
Nanti lepas kahwin..

Saya janji......

Saya janji......

Saya janji......

Tapi semua janji ini dibuat selepas kahwin.


Kenapa?

Kerana tahu yg dosa itu tanggungjawab suami ??

Kerana sayang suami dan tak nak suami masuk neraka ???

Kerana nak jaga nama suami baik ????



Betul. Semua itu betul. Tiada satu pon statements tu yang salah. Kalau isteri buat dosa. Kesian, suami kena tanggung. Kata dah syg. Kata dah janji nak sehidup semati. Tak kan nak biarkan suami kena tarik masuk neraka. Tak kan nak biarkan suami kena maki kena caci dek perangai isteri yang bukan bukan. Yang memalukan. Betul tak??

Tpi kita kena ingat. Sebelum wujudnya suami. Kita hak ayah. Tanggungjawab ayahMilik mutlak ayah. Kenapa dulu ta nak tutup aurat? Kenapa dulu ta solat? Kenapa dulu boleh keluar dengan lelaki pergi kelab malam sana sini? Kenapa??



Tak sayang ayah ke kawan2 sekalian??
Tak kesian ke dekat ayah kita, yang telah penat lelah bersusah payah menjaga kita hingga kita menjadi manusia didunia dan melatih kita untuk tidak menjadi calon ahli neraka?
Tak kesian ke dekat ayah kita yang penat memikul beban dosa kita dari detik kita baligh hingga saat lafaz nikah diucapkan oleh suami kita?
Ta kesian ke syg? Ta terfikir ke syg?

Allah.

Jangan sayangkan suami hingga lupa ayah didepan mata.
Jangan sayangkan suami hingga lupa dosa yang kita ada.
Jangan sayangkan suami hingga mengabaikan langkah ayah untuk ke syurga.
Jangan sayangkan suami hingga menghantar dan mengheret kaki ayah ke neraka.

Jangan sayang. Jangan.

Ingatlah. Sebelum menjadi tanggungjawab suami. Kita tanggungjawab ayah.
Ingatlah. Sebelum suami menjadi pemikul dosa pahala kita. Ayah dulu telah menjalankan tugasnya.
Ingatlah puteri. Ingatlah sayang. Jangan kerana kasih suami. Kita abaikan ayah. Perwira kita. Kekasih kita suatu masa dahulu.



Ingatlah rakan. Ingatlah teman

Sebelum suami. Kita ada ayah.. :'(

# ayah. ampunkan salah silap saya. saya sayang ayah #

2 comments: